Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Wednesday, May 12, 2010

Coretan tinta, mewakili hati si Faqir (2)

Bukit Uhud mengingatkan kita kepada perjuangan agung Ghazwah Uhud. Ghazwah atau Pertempuran di Medan Uhud menjadi iktibar sejarah yang penuh luka buat kita.


Namun, yang lebih perlu kita rasai, ialah getaran gelombang cinta Allah dan Rasul yang bertakhta di dalam hati para pejuangnya. Ada yang pulang, dan ada yang rebah sebagai pejuang. Menjadi syuhada Uhud. Disebalik keberanian dan pengorbanan yang mengharukan perasaan ini, terserlah kelibat-kelibat Sahabiah.

Amar bin Jamuh, seorang sahabat yang tempang kakinya, pada asalnya telah diberikan pengecualian daripada Rasulullah saw daripada menyertai jamaah ke Uhud. Bagaimanapun, apabila pulang ke rumah, isteri Amar telah memberikan kata-kata perangsang dan cabaran, akhirnya beliau telah merayu kepada Rasulullah saw agar diberi kebenaran ke Uhud. Akhirnya, Amar syahid di sana.

Hanzalah yang baru sahaja diakad nikahkan, baru bersatu dengan isterinya; akhirnya terus ke medan Uhud apabila sampai berita keadaan di Uhud semakin meruncing. Siapakah yang rela ditinggalkan pada malam pengantinnya? Seorang wanita yang bergelar isteri. Hanzalah juga telah syahid di Uhud.

Inilah cerita Uhud kepada kita. Cerita cinta. Cinta Agung, seorang hamba kepada Tuhannya. Biar diri dijadikan balu, anak-anak diyatimkan. Di hadapan Cinta Allah dan Rasul, segala beban itu menjadi sangat kecil bagi mereka.

Semoga hati kita turut bergelora dengan getaran Cinta yang sama. Sesuci Cinta warga Uhud.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin