Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Friday, April 25, 2008

Al-Fatihah buat Allahyarham Fendi A-Z

Berita pemergian Allahyarham Fendi sekali lagi membuatkan saya termenung. Sebagaimana semasa saya membaca berita tentang Allahyarham Gito Rollies. Ceritanya hampir sama. Seolah-olah Allah ingin memberitahu saya, cerita sakti Hidayah Allah itu berada di mana-mana. Hati-hati manusia walaupun di mana dia berada, semuanya dalam genggaman Allah.

Hati kecil saya begitu mencemburui anugerah nikmat hidayah yang Allah berikan kepada mereka. Benarlah kata-kata ulamak, yang penting ialah bagaimana akhir hidup kita.

"Adakah pengakhiran hidup aku akan begitu bernasib baik seperti mereka?", hati saya tiba-tiba mengeluh.

Gito Rollies begitu rindu dan ingin untuk mati di Jalan Allah. Semasa melakukan pengorbanan di Jalan Allah. Fendi meninggalkan dunia ini dengan fikir untuk berkhidmat kepada agama dengan membuka pondok khas untuk remaja. Begitulah kerisauan yang penuh kasih sayang terhadap umat. Menumpahkan fikir bimbang bagaimana saya dan seluruh umat akan selamat di akhirat nanti. Itulah fikir yang menjadi siang dan malam Rasulullah SAW.

Ketika ditanyakan kepada para Sahabat, bagaimanakah keadaan Rasulullah SAW? Mereka sering menjawab, bahawa Rasulullah SAW itu, "Daaimal-fikr wal-ahzaan!" (Sentiasa dalam keadaan fikr dan risau!")

"Oh Allah.. benar-benar dicemburui nikmat-Mu ini!"

Sekali lagi, kita sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua Allahyarham dan mendoakan agar pemergian mereka ke alam baqa, merupakan saat bermulanya kemuliaan dan kejayaan yang tiada penghujungnya! Aamin...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin