Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com

Monday, May 26, 2008

Perjalanan

Lebih kurang jam 7 petang semalam baru dapat bertolak dari Putrajaya ke kampung di Kota Bharu, Kelantan. Cuti sekolah, saya yang 'tak bersekolah ni pun kena bercuti juga. Mengingatkan pentingnya dan sukanya anak-anak dapat pulang ke kampung halaman, walaupun kepenatan saya gagahkan juga. Perjalanan lancar seperti biasa. Lori-lori menemani sepanjang perjalanan. Ubaid yang berusia 2 tahun, memang sentiasa teruja dengan lori-lori ni. Satu demi satu dihitungnya.


"Loyii.. Loyii.. Loyi ecarnya.. Teta loyi!", tempiknya bila lihat lori yang bawa banyak kereta perodua. Bersusun--susun.

Kami sampai di Merapoh lebih kurang pada jam 12 tengah malam. Hak perut perlu ditunaikan. Berhenti di satu warong di tepi jalan. Menu rezeki yang Allah izinkan malam ni ialah nasi putih, gulai ikan kering kerongan (cencaru), ikan tamban masin dan sedikit sayur. Maha Besar Allah, daripada benda-benda yang 'tak sedap, bila dimasak dan dimakan bersama, Allah bagi jadi sedap.

Meneruskan perjalanan, kami sampai di Gua Musang jam 1 pagi. Kami terus ke Fully Inn, memang selalunya kami menginap di sana. Sampai di Fully Inn, dimaklumkan semua bilik 'dah penuh.

"Ha 'tu lah... Yakin sangat dengan makhluk. Lupa 'nak minta dengan Allah dulu. Oh Allah! Permudahkanlah urusan kami!", kata hati saya.

Kami menuju ke Kesedar Inn pula. Sama juga. Bilik 'dah penuh.

"Aik.. Apa 'dah jadi kat Gua Musang 'ni?", getus hati saya. "Ya Allah, bantulah kami!"

Kami cuba telefon Hotel Usaha pula. Hotel Usaha 'ni juga salah satu yang biasa kami menginap. Cuma masalahnya, hotel 'ni 'tak ada lif. Itu yang prioritynya jatuh sikit. Mula-mula dimaklumkan, bilik semua penuh.

"Ya Allah! Ya Allah!", hati saya bertawajuh. "Ya Allah, Kau kuasa. Makhluk 'tak ada kuasa."

Baru saya 'nak bagi salam. Tiba-tiba terdengar pertanyaan, "Encik berapa orang?"

"Kami satu keluarga." Jawab saya.

"Kami ada satu bilik yang RM100. Boleh ke?" Tawar hotel.

"Alhamdulillah! Oh Allah, maha benar, Engkau lah tempat bergantung segala sesuatu!"

"OK, saya ambillah bilik 'tu!", segera saya bersetuju.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat akhirnya kami bermalam.

Insya Allah, perjalanan ini akan diteruskan lagi... Ada lebih kurang 200KM lagi di hadapan kami.. Semoga perjalanan kami ini adalah perjalanan yang dapat menghidupkan hati kami.


Bukankah Allah SWT telah berfirman:



"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, agar (melalui perjalanan itu)mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami; atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada!"(Surah Al-Hajj 22:46)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin