Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Saturday, April 19, 2008

Buku-Buku Yang Terdahulu


Buku pertama: Solat - Kejayaan Hakiki
Penerbit: Utusan Publication and Distributors



Buku kedua: Azan - Dakwah Yang Sempurna
Penerbit: Utusan Publication and Distributors







Buku ketiga: Apakah Tugas Hakiki Saya Sebagai Seorang Muslim?
Penerbit: Jahabersa


Ini petikan daripada laman sesawang Telaga Biru. Harga yang dipaparkan ialah harga pasaran.

Masjid Itu Hidupku


Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah, buku keempat saya telah selamat diterbitkan. Kali ini bersama syarikat yang telah dikenali dengan buku-buku keluaran mereka yang berkualiti, iaitu Telaga Biru Sdn Bhd.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan penerbitan ini.
Buku ini sebenarnya ialah Nota Diri untuk diri saya sendiri. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya untuk seluruh umat Islam, yang berbahasa Melayu khususnya. Semoga Allah terima buku ini.
Jazakumullahu khairan jazaa-an!
[Jika ada yang berminat untuk mendapatkannya boleh dapatkan daripada Telaga Biru melalui laman sesawang mereka: http://www.telagabiru.net.my/index.
Atau terus melalui saya, dengan menghantar emel pesanan mengandungi nama, alamat dan jumlah pesanan ke mohdgunawan@gmail.com. Harga senaskhah (harga istimewa): RM18.00 sahaja. Cara-cara pembayaran akan dimaklumkan melalui emel.]

Saya mulakan dengan Bismillah....

Assalamu 'alaikum,

Saya baru saja balik daripada bersama dengan sukarelawan Pasukan Al-Falah YADIM di Lakeview Training Center di Batang Berjuntai, Rawang, Selangor. Saya dijemput untuk berkongsi topik "Agenda Ummah" dengan mujahid dan mujahidah Pasukan Al-Falah, tidak silap saya, hampir 120 sukarelawan yang ada petang tadi. Saya amat berterima kasih di atas jemputan ini, yang mana memberi saya peluang untuk bertemu mata dengan wajah-wajah ikhlas para sukarelawan.

Semasa sedang berkemas, ada ikhwah sukarelawan yang datang dan bertanya saya, sama ada saya ada membuka blog.

Saya hanya tersenyum dan mengatakan, "Tak ada, saya tak pandai blog-blog ni!"

Bagaimanapun, sambil menjamah cucur udang yang dihidangkan, terdetik juga dalam hati, "Jika ada kebaikannya... Elok jugak aku cuba!"

Akhirnya, saya cuba memulakan blog ini. Semoga taufik Allah sentiasa bersama kita semua...

Dengan hanya bertawajuh kepada inayah Allah, saya mulakan blog ini dengan lafaz Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim...

Wassalam.
Blog Widget by LinkWithin