Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Monday, May 24, 2010

Melihat Dengan Nur Allah!

Alhamdulillah, setelah bersilaturahim di Surau al-Muttaqin, Kg Labohan Dagang, Banting selama dua hari. Hari ini dapat pula bersilaturahim di Surau Flat Kuarters Presint 15, Putrajaya. Jadi saya tidak dapat menyediakan 'entry' baru untk blog ini. Bagaimanapun, semasa melayari blog kawan-kawan, saya tertarik dengan 'posting' terbaru di dalam blog Al-Fadhil Ustaz Hambali.

Tanpa sempat saya tanyakan al-Ustaz terlebih dahulu, saya 'cut and paste' artikel beliau seperti di bawah ini. Ambilan asal ialah di URL:

http://hambalialorstari.blogspot.com/2010/05/melihat-dengan-nur-allah-swt.html

Ali bin abi Talib ra pernah bercerita :-

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Khatab ra. Aku melihat di dalam mimpi seolah-olah aku sedang Solat Fajar di belakang Rasulullah saw. Setelah selesai solat, aku keluar dari masjid. Tiba-tiba aku melihat seorang wanita sedang berdiri di pintu masjid drngan sepiring kurma di tangannya seraya berkata,” Ya Ali, terimalah piring ini dan berikanlah kepada Rasulullah saw.” Sesudah aku sampaikan amanat itu, Rasulullah saw mengambil sebiji kurma dari piring itu dan meletakkan ke mulutku. Setelah aku memakannya, aku berkata kepada Rasulullah saw,”Berikan kepadaku sebiji lagi, Ya Rasulullah….” Belum sempat baginda menambahnya, aku tiba-tiba terbangun oleh suara muazzin dari Masjid Rasulullah saw.

Selanjutnya Ali bercerita lagi :-

Aku pun pergi ke masjid bermakmum di belakang Amirul Mukminin Umar bin Khatab ra. Setelah selesai solat, aku keluar dan ternyata di pintu masjid ada seorang wanita dengan sepeiring kurma di tangannya. Wanita itu berkata kepadaku,” Ya Ali, berikan kurma ini kepada Amirul mukminin Umar bin Khatab ra.” Aku mengambil piring kurma berkenaan lalu aku pun pergi memberikannya kepada Umar ra. Lalu umar mengambil sebiji kurma dari piring berkenaan lalu menyuapkannya ke mulutku. Aku berkata kepadanya,” Ya Amirul Mukminin, tambahlah sebiji lagi untukku.” Umar pun berkata,” Kalau Rasulullah menambah untuk mu, maka aku akan menambahnya juga!”

Ali bin Abi Talib pun hairan, memikirkan mimpinya itu ada persamaannya dengan peristiwa yang baru dialaminya itu. Lalu ia berkata kepada Umar ra,” Ya Amirul Mukminin, adakah tuan bermimpi seperti mimpiku, atau Allah swt membukakan pintu ghaibnya untukmu? Umar ra menjawab,” Itu bukan mimpi dan bukan pula ilmu ghaib. Tetapi seorang mukmin, bila hatinya ikhlas kerana Allah swt, dia akan melihat sesuatu dengan Nur Allah.”
Blog Widget by LinkWithin