Saturday, May 10, 2008
Siapa lagi yang kami ada...
Tuesday, May 6, 2008
Cerita Hijrah Ini Pasti Tidak Akan Berakhir
Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.
Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.
Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.
Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.
Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.
Sumber: siasahdaily.blogspot.com
Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah!
Alangkah dicemburui nikmat hidayah ini!
Berita sebegini amat menarik perhatian saya. Bukan berkenaan artis itu yang penting, tetapi apabila seseorang hamba Allah mendapat kemanisan taufik untuk melangkah lebih hampir kepada Allah Taala.
Hidup ini merupakan satu perjalanan yang panjang - tetapi boleh berakhir bila-bila masa -dalam kembara kita mencapai redha Allah dan kejayaan ditempatkan di dalam syurga Allah. Maka perkara yang maha penting ialah Hidayah.
Sama ada kita sedar atau tidak, hidayah merupakan satu-satunya perkara yang WAJIB kita bermohon kepada Allah. Semua orang yang beriman, wajib memohon hidayah ini. Iaitu semasa kita solat, kita wajib bermohon, "Ihdinas-sirootal-mustaqim!" (Hidayatillah kami jalan yang lurus!). Tidak ada orang yang boleh skip daripada memohon hidayah. 17 kali paling minimum dalam sehari semalam. 119 kali dalam seminggu. 6,120 kali dalam setahun!
6,120 kali ini adalah yang paling minimum, dan wajib! Belum termasuk untuk solat-solat sunat. Jika tarawih 20 rakaat selama sebulan ditambahkan, ia boleh berjumlah 6,720 kali dalam setahun.
Siapa yang perlu berdoa memohon hidayah ini sehingga 6,120 kali ini? Doa ini bukan sahaja wajib dipanjatkan oleh orang-orang yang banyak dosa macam kita ini, bahkan Rasulullah SAW sendiri bermoh0n "Ihdinas-sirootal-mustaqim" sebanyak sepaling kurang pun 17 kali sehari. Jika ditambah dengan solat tahajud, witir, awabin, rawatib dan dhuha Rasulullah SAW, sudah tentu jumlahnya berganda-ganda jadinya.
Mengambil contoh Imam Ahmad Ibnu Hanbal, beliau biasa bersolat sunat setiap hari sebanyak 300 rakaat. Setelah tua dan uzur, beliau hanya mampu bersolat sunat 150 rakaat sahaja. Ini bermakna, bagi insan sehebat Imam Ahmad pun, paling kurang beliau berdoa memohon hidayah adalah sebanyak 150 + 17 = 167 kali sehari semalam.
Ini hanya kiraan angka, sekadar menunjukkan betapa doa memohon hidayah itu begitu dipentingkan oleh Allah, sekaligus menunjukkan betapa hidayah merupakan perkara yang paling mahal dan terpenting untuk seorang insan!
Disebabkan hidayah, sekelip mata, seorang kafir boleh mati sebagai wali-wali Allah! Disebabkan tercabut hidayah, seorang wali boleh mati sebagai seorang yang kufur dengan Allah!
Fikirkanlah...
Monday, May 5, 2008
Perginya Allahyarham Tan Sri Nasimuddin
SEMOGA DIRAHMATI: Orang ramai yang hadir untuk sembahyang jenazah Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta diimamkan guru agama warga Iraq dan kenalan Allahyarham, Sheikh Afeefudin Al Gaylani.
PENGHORMATAN TERAKHIR: Puan Sri Zaleha Ismail menyiram air mawar ke pusara suaminya sambil diperhatikan SM Faisal Nasimuddin (kiri), SM Nasarudin Nasimuddin (dua dari kiri), Emilia Hanifi (menantu - tiga dari kanan) Nur Nadia Nasimuddin (dua dari kanan) dan Nur Diana Nasimuddin (kanan) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Hulu Langat, semalam.