
(Yusuf 12:86)
"Janganlah kita hidup di dunia, untuk menderita di Akhirat!"
(Yusuf 12:86)
Semoga 'sembang-sembang hijrah' saya dapat diterima oleh adik-adik di CBN. Dan semoga Allah terima majlis kami tadi, untuk menjadi sumber kemuliaan kami di akhirat nanti.
"Oh Allah! Janganlah hampakan kami..."
“Sesiapa yang menganggap bahawa dia berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah, dan orang lain berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah yang lain, maka dia seolah-olah telah menyembelih ummat ini, menghancur-leburkan serta merosakkan hasil usaha baginda Rasulullah saw. dan para Sahabat r.anhum. Apabila berasing-asingan dan berpecah-belah, kita sendiri telah menyembelih ummat ini terlebih dahulu. Yahudi dan Nasrani hanya mengerat ummat ini yang sudah tersembelih. Sekiranya orang-orang Islam, hari ini menjadi ummat semula, maka semua kekuatan di seluruh dunia sekalipun, tidak boleh menggerakkan walaupun sehelai bulu roma ummat ini.”
Sahabat saya, Tn Hj Yusri yang juga merupakan Presiden ABIM semasa membentangkan kertas kerja beliau mengingatkan, “Kita tidak boleh hanya mahu gah tentang membincangkan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Islam dan umatnya, tetapi bila tiba pada tahap menyelesaikannya, kita tidak serius…”
Amal Islami ertinya segala kerja dan usaha yang kita lakukan untuk agama Allah. Ada kerja yang khusus, ada kerja yang umum. Ada usaha yang hanya untuk orang-orang tertentu, ada usaha yang dituntut ke atas seluruh ummah! Bukan semua orang mampu dan layak untuk membentangkan kertas kerja dalam satu muktamar peringkat kebangsaan; tetapi semua orang mampu untuk berziarah menghubungkan silaturahim sesama umat Islam.
Asasnya, Allah minta daripada kita untuk menggunakan seluruh potensi diri dan harta kita untuk agama Allah. Renungkanlah firman Allah ini:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘And’. Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”
(As-Sof 61: 10 – 13)
Setelah itu, Allah menyeru kita semua agar menjadi Ansarullah! Firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama)
Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika dia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.”(As-Sof 61: 14)
Adakah kita semua sedia menyahut seruan Allah ini?