Sifat-sifat keimanan (imaniah) merupakan neraca untuk kita mengukur sejauhmana mutu dan kualiti keimanan kita. Para sahabat Rasulullah s.a.w sentiasa meneliti dan bermuhasabah berkenaan hakikat iman mereka. Mereka amat sensitif dengan keadaan keimanan mereka. Mereka faham, iman adalah segala-galanya bagi seseorang manusia. Demi iman, mereka sedia korbankan apa sahaja.
Cuba kita renungkan bersama. Apa perkara yang kita semua sayang? Sudah tentu kita semua bersetuju, harta adalah perkara yang kita amat sayang. Walaupun harta adalah perkara yang kita sayang, tetapi jika perlu membuat pilihan antara harta dan tubuh jasad kita, sudah pasti kita semua berkata, tubuh badan kita ini lebih penting.
Sekiranya kita sakit, dan kita perlu membelanjakan sehingga ribuan ringgit bagi merawatnya, bukankah kita akan bersedia untuk korbankan ribuan ringgit itu asalkan sakit tadi dapat disembuhkan dan kita menjadi sihat? Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan, kerana tubuh kita ini lebih penting dan lebih kita sayangi berbanding harta kita.
Bagaimanapun, apabila doktor mengatakan, kaki kita perlu dipotong bagi menyelamatkan nyawa kita, maka sudah pasti kita sedia untuk melakukannya asalkan nyawa dapat diselamatkan. Nyawa dan kehidupan ini lebih penting daripada anggota tubuh kita.
Di sinilah terserlahnya kehebatan iman para sahabat Rasulullah s.a.w. Bagi mereka, walaupun nyawa itu adalah satu perkara yang penting, tetapi iman itu adalah satu perkara yang jauh lebih bernilai dan berharga berbanding nyawa dan kehidupan mereka. Demi iman mereka sedia korbankan apa saja. Walaupun perkara yang paling mahal, iaitu nyawa mereka.
Kenapa ini boleh terjadi kepada mereka? Tidak lain dan tidak bukan kerana hakikat atau kualiti keimanan yang mereka ada. Mereka faham, tanpa iman, seseorang itu sebenarnya telah menempah kegagalan, kehinaan dan kecelakaan yang besar di sisi Allah! Tanpa iman, tidak ada apa-apa kekayaan pun yang mampu menebus kerugian dan kehinaan yang dihadapi, walaupun emas sepenuh bumi sekalipun.
Allah s.w.t sendiri yang menegaskan perkara ini:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِمْ مِلْءُ الْأَرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَى بِهِ أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.” ( Aali ‘Imran 3: 91)
Semasa mengulas mengenai ayat ini, Imam Ibnu Kathir telah merujuk kepada satu lagi firman Allah s.w.t. yang menyatakan penegasan yang sama. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَوْ أَنَّ لَهُمْ مَّا فِى ٱلأَرْضِ جَمِيعاً وَمِثْلَهُ مَعَهُ لِيَفْتَدُواْ بِهِ مِنْ عَذَابِ يَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ مَا تُقُبِّلَ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Maidah 5: 36)
Memahami betapa pentingnya iman inilah, para Sahabat sedia mengorbankan walaupun nyawa mereka demi keimanan. Kita semua mengetahui bagaimana kisah Sumaiyah dan suaminya Yasir, yang telah dengan penuh keimanan telah mengorbankan nyawa mereka demi iman. Segala penderitaan adalah enteng apabila berhadapan dengan kepentingan dan nilai iman.
Inilah yang terlihat di sela-sela kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat baginda. Imam al-Baihaqi dan Ibnu ‘Asakir telah meriwayatkan satu kisah yang begitu hebat. Pada zaman Saiyidina ‘Umar al-Khattab r.a. menjadi khalifah, satu jemaah telah dihantar ke kawasan Romawi. Di dalam jemaah tersebut, terdapat seorang Sahabat yang bernama Abdullah bin Huzafah as-Sahmi. Ditakdirkan jemaah tersebut telah ditawan oleh tentera Romawi.
Apabila diketahui bahawa di dalam jemaah tersebut ada seorang daripada kalangan Sahabat Nabi Muhammad s.a.w, lalu mereka telah membawa Abdullah kepada raja mereka.
Raja Romawi lalu menawarkan, “Mahukah engkau selamat dan aku membahagikan kerajaan dan kuasa pemerintahanku denganmu?”
Jawab Abdullah, “Jika engkau menyerahkan kepada ku seluruh yang engkau miliki dan seluruh yang dikuasai oleh orang Arab, dengan syarat aku meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w ini, maka sekali-kali aku tidak akan melakukannya walaupun sekelip mata.”
Lalu raja tersebut telah mengherdik, “Jika begitu, aku akan membunuhmu!”
Jawab Abdullah, “Itu hakmu”
Maka raja telah memerintahkan supaya Abdullah diikat pada tiang salib. Lalu diperintah pemanah agar memanah kaki dan tangannya sahaja. Ini bertujuan untuk menakut-nakutkan Abdullah. Setelah dipanah, raja menawarkan lagi perkara yang sama. Abdullah dengan tegas menolak. Raja telah memerintahkan Abdullah diturunkan daripada tiang salib. Lalu dididihkan air di dalam periuk yang besar. Kemudiannya di bawa dua orang tawanan muslim yang lain, dan dilemparkan ke dalam air yang mendidih.
Disamping itu, raja terus mendesak Abdullah dengan tawarannya. Abdullah masih terus menolak. Akhirnya, raja telah memerintahkan agar Abdullah sendiri di bawa ke periuk yang mendidih itu. Maka di sini Abdullah telah menangis.
Apabila raja dimaklumkan bahawa Abdullah telah menangis, lalu dia berfikir, sekarang tentu Abdullah telah takut. Lalu dipanggil dan diberikan tawaran yang sama, iaitu memeluk agama Nasrani dan dibebaskan serta diserahkan kuasa memerintah. Namun begitu, jawapan Abdullah tetap menolak tawaran tersebut.
Raja bertanya, “Jadi, kenapa engkau menangis tadi?”
“Aku menangis, kerana aku berkata kepada diri ku sendiri, “Seandainya aku dilemparkan ke dalam periuk ini, dalam masa yang singkat aku akan lenyap. Jika boleh, aku mahu setiap bulu roma di tubuhku ini menjadi satu nyawa, dan setiap nyawa ini aku aka korbankan satu per satu kerana agama Allah!”, jelas Abdullah.
Raja itu terdiam lalu berkata, “Apakah engkau mahu mengucup kepalaku, dan engkau aku bebaskan?”
“Dan juga seluruh tawanan muslimin yang lain?”, tingkah Abdullah.
Raja bersetuju. Lalu Abdullah pun mengucup kepalanya. Apabila jemaah tersebut selamat kembali ke Madinah, lalu mereka pun memberikan laporan tentang perisitiwa tersebut kepada Saiyidina Umar.
Umar berkata, “Wajib bagi setiap kuam muslimin mengucup kepala Abdullah bin Huzafah, dan aku yang mula-mula sekali melakukannya.”
Lalu Umar telah bangun dan mengucup kepala Abdullah bin Huzafah as-Sahmi.
Membaca kisah ini, seharusnya membuatkan kita semakin faham, bagaimanakah generasi terbaik umat ini meletakkan nilai iman di dalam hati mereka.
Lalu kita bagaimana?

-----
Artikel ini telah disiarkan melalui kolum bulanan saya 'Zihin Mukmin' dalam Majalah DAKWAH terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Bagaimanapun, artikel ini saya ambil terus daripada komputer saya. Maknanya sebelum melalui suntingan oleh pihak editor DAKWAH. Semoga ada manfaatnya.
1 comment:
Mohon maaf kerana tidak minta izin untuk linkkan artikel Ustaz dalam entri saya Zina? Rogol? Ragut? Bogel?
Post a Comment