Pagi ini, sekitar jam 7.15 pagi saya diberi peluang tampil untuk memperkatakan atau lebih tepatnya bersembang tentang buku saya, "Masjid Itu Hidupku" (MIH). Slot ringkas ini diatur oleh syarikat Telaga Biru yang juga merupakan penerbit MIH. Buku ini diterbitkan tahun lepas (2008). Alhamdulillah, pagi ini diberikan keizinan oleh Allah untuk dipromosikan dalam media elektronik.
Buku MIH ini sengaja saya tulis dalam gaya bahasa yang santai. Malah lebih cenderung kepada laras bahasa bercakap. Buku ini ditulis dari hati ke hati. Daripada hati seorang muslim, kepada hati saudara muslimnya yang lain. Lagipun saya bukannya ulama besar yang mampu mengarang kitab yang hebat-hebat. Sekadar satu perkongsian rasa dan fikir yang ada. Saya cuba gabungkan elemen penulisan kreatif, diskriptif dan ilmiah. Cuma elemen ilmiahnya dilunakkan seadanya. Saya tulis MIH ini dengan satu harapan, agar saya dan seluruh umat yang memahami bahasa Melayu dapat meletakkan masjid itu sedekat yang mungkin di hati nubari.
Masjid bukan sekadar kisah sebuah bangunan. Masjid bukan sekadar nama untuk dibacakan di dalam kitab dan buku agama. Masjid bukan sekadar medan untuk upacara-upacara sambutan tertentu. Masjid merupakan rohaninya umat ini. Masjid adalah gedung rahmat Allah di atas muka bumi. Masjid adalah secinta-cinta tempat di sisi Allah Taala bagi sesuatu kawasan. Masjid adalah paksi kehidupan umat ini. Masjid adalah sumber kemuliaan kita! Semakin umat ini menjauhkan diri daripada masjid, sejauh itu jugalah kemuliaan akan lari daripada kita.
Marilah kita kembali ke dalam rangkulan rahmat dan pelukan kemuliaan masjid. Mulakan dengan kita. 'Senyuman' Allah menanti setiap kali kaki kita melangkah memasuki rumah-Nya...
Oh Allah... kuadukan segalanya kepada-Mu!

11 comments:
Salam....
Tahniah kerana berjaya mempromosikan buku MIH.
Saya terlepas peluang menyaksikannye. Last time Telaga Biru promosi buku Ustaz Zahazan di MHI. InsyaAllah, ada kelapangan saya akan cari buku ini.
Teruskan usaha.
Assalamu 'alaikum,
Hilman,
Terima kasih.
Semoga ada manfaatnya.
Jazakallah.. Ramadhan Kariim!
Allahu Akbar, Alfu Mabruk ya Sheikh, dapat promo masterpiece enta secara live, harap ada lagi selepas ini. Pastinya JAKIM berbangga dengan pegawainya macam tuan. cuma nak tanya, dulu buku ni must read terbitkan, sekarang dah hijaz, adakah hijaz sudah ambilalih hak pengedaran ataupun edaran dan penerbitan sekaligus, apapun Al Aham minal Muhim, mesej enta dapat diterima umum.
Saya amat beruntung kerana sempat melihat debute enta dalam tv, siap keluar taklim taklum, masjid di Afrika dan serba serbi. terus call cik kahar mustread nak kasi tau pasal ni, tapi nombornya sudah tukar, kalau enta ada updatenya boleh tolong berikan.
Sebagai pendaie kemunculan enta di tv pastinya membakar semangat saya untuk berdakwah melalui tulisan.
p/s. pengalaman saya, selalunya kalau nak keluar tv kena taruk bedak foundation dulu, enta macam mana?
Assalamu 'alaikum,
Syaikh abu Razeen,
Buku ana diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd.
Tokey MustRead dulu dgn Hijjaz. Sekarang fokus dgn MustRead.
Ana depa taruk bedak pakai brush jer... hehe
Apapun, jazakallah..
Salam, tahniah, ada ulangan tak rancangannya. tak sempat la..
Assalamu 'alaikum.
ha San ,
Saya tak pasti pulak ttg ulangan..
Apapun.. terima kasih.
Mohon doakan saya.
Salam,
Sekali imbas, cara penyampaian buku ini sangat menarik kerana terdapat sketsa. Tahniah.
Pagi tadi baru sahaja beli di kedai buku Badan, JB. Tak sangka pulok Ustaz oghe Kota Bharu.
Mohon kebenaran untuk "petik" ayat2 didalam buku Ustaz.
Assalamu 'alaikum,
Hilman,
Jazakallah..
ye, saya oghe asal kota bharu, kelate.. :-)
jika ada manfaat yg boleh dan sudi dipanjang2kan, dipersilakan.. dan diucapkan ribuan terima kasih..
wassalam.
Assalamu'alaikum wm wbt Ustaz..
rugilah sy tak melihat pagi tu..
doakan sy ustaz, milikki buku tu..
rasanya hati terpaut melihat komen
agaknya ada sesuatu di sebalik mih
yang saya cari untuk menambah sesuatu dlm diri..
Assalamu 'alaikum,
Hajia,
Insya Allah, ada lain kesempatan, Allah akan izinkan.. Hajia boleh emelkan alamat, nanti sy usahakan hantar satu naskhah... buat masa ni stok dgn sy dah habis..
Wallahul-musta'an..
wassalam
Hajia Binti Keram
C-8-9, Blok C, Apartment Desa Perangsang, PJS 3/52, 40590 PJ Selangor
Post a Comment