Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Saturday, April 19, 2008

Saya mulakan dengan Bismillah....

Assalamu 'alaikum,

Saya baru saja balik daripada bersama dengan sukarelawan Pasukan Al-Falah YADIM di Lakeview Training Center di Batang Berjuntai, Rawang, Selangor. Saya dijemput untuk berkongsi topik "Agenda Ummah" dengan mujahid dan mujahidah Pasukan Al-Falah, tidak silap saya, hampir 120 sukarelawan yang ada petang tadi. Saya amat berterima kasih di atas jemputan ini, yang mana memberi saya peluang untuk bertemu mata dengan wajah-wajah ikhlas para sukarelawan.

Semasa sedang berkemas, ada ikhwah sukarelawan yang datang dan bertanya saya, sama ada saya ada membuka blog.

Saya hanya tersenyum dan mengatakan, "Tak ada, saya tak pandai blog-blog ni!"

Bagaimanapun, sambil menjamah cucur udang yang dihidangkan, terdetik juga dalam hati, "Jika ada kebaikannya... Elok jugak aku cuba!"

Akhirnya, saya cuba memulakan blog ini. Semoga taufik Allah sentiasa bersama kita semua...

Dengan hanya bertawajuh kepada inayah Allah, saya mulakan blog ini dengan lafaz Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim...

Wassalam.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin