Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Tuesday, June 22, 2010

"Wahai Rabb ku!..."

Daripada Abu Hurairah ra berkata, "Aku telah mendengar dari Nabi saw bersabda:

"Sungguhnya seorang hamba apabila telah melakukan suatu dosa, lalu berdoa,"Wahai Rabbku! Aku telah terlanjur melakukan suatu dosa, maka ampunkanlah aku!"

Maka Allah swt berfirman," Apakah hambaKu telah mengetahui bahawasanya dia mempunyai Rabb yang Maha Mengampuni dosa dan menghapuskan dosa? Aku mengampunkan dosa hambaKu".

Kemudian selang beberapa waktu sesuai dengan kehendak Allah, hamba itu melakukan lagi dosa tersebut, lalu dia pun berdoa, "Wahai Rabbku! Aku telah melakukan dosa lagi, ampunkanlah dosaku itu!"

Maka Allah swt berfirman, "Apakah hambaKu mengetahui bahawasanya dia mempunyai Rabb yang Maha Mengampuni dosa dan menghapuskanya? Aku mengampuni dosa hambaku itu".

Kemudian selang beberapa waktu sesuai dengan kehendak Allah, dia melakukan dosa lagi, lalu dia berdoa," Wahai Rabbku! Aku telah melakukan dosa lagi, maka ampunilah dosa ku itu".

Maka Allah swt berfirman, " Apakah hambaKu telah mengatahui bahawa dia mempunyai Rabb yang Maha Mengampuni dosa dan menghapuskannya? Maka Aku mengampuni dosa hambaKu. "(Allah berfirman begitu) hingga tiga kali. Maka berbuatlah ia sekehendaknya."

(Riwayat Bukhari Hadis No7507)


Apakah yang dapat kita fahami daripada hadith ini?

4 comments:

Hidayatullah said...

Ampun dosa kami ya ALLAH..
3000 manusia mati tanpa iman...

Irwan said...

salam,

apa yang saya belajar dari hadis ini ialah akan uniknya sifat Maha Pengampun Allah yang takkan dapat ditandingi oleh mana2 makhluk, walhal seorang ibu pun.

Tapi, apakah maksud "berbuat sesukanya" di akhir hadis?

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Yard: Allahumma aamin...

Scuba: Cuba tanyakan para ustaz.. atau cuba dptkan penjelasan melalui kitab Fathul Bari, syarah Sahih Bukhari.. dah ada di pasaran malaysia dalam bahasa melayu-Indonesia..

Ziarah76 said...

Ya Allah, ampuni lah dosa-dosaku

Blog Widget by LinkWithin