Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Saturday, February 6, 2010

Abah.. Setahun yang berlalu...


20 Januari telah berlalu. Bermakna telah setahun Abah meninggalkan alam yang fana ini. Perpisahan yang akan sentiasa dikenang. Sementara hayat ini masih dikandung badan. Setahun yang amat pendek, kerana kadang-kadang diri ini hampir terlupa, yang Abah telah tiada. Abah sentiasa hidup dalam hati kami. Semoga setiap diri anak-anak Abah, akan menjadi sumber kemuliaan Abah di akhirat sana...

Mohon kesudian sidang pembaca, menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah ayahanda saya... Al-Fatihah!

Ini adalah gambar Abah, seminggu sebelum Abah meninggal dunia. Dirakamkan oleh adik saya, Nurul Hakim semasa kunjungan Abah ke Kuala Lumpur.

7 comments:

Ziarah76 said...

al-Fatihah,
semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh, amin.

Admin said...

Untuk datang ke dunia Allah telah letakkan tertib. Abah dulu baru anak. Tapi untuk tinggalkan dunia Allah tidak letakkan tertib. Tak mustahil untuk anak pergi dulu sebelum abah.

~KiLaT~ peringatan buat gua. Al-Fatihah.

zarch said...

Al-Fatihah, semoga dirahmati. Beruntungnya beliau kerana meninggalkan zuriat yang soleh yang segala kebaikan dilakukan zuriatnya, dapat kepadanya.

Doakan agar saya pun sentiasa dapat melakukan amalan soleh seperti Ustaz Gunawan, agar ayah saya juga sentiasa mendapat bahagian dari amal soleh saya.

azharjaafar said...

Hari ni kita mengenang orang yang dah mati.. Esok2 pasti orang akan mengenang kita yang dah mati..

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Ziarah76, KiLat, zarzh, azharjaafar;

Jazakumullahu khairan jazaa-an!

Allahumma aamin.. thumma aamiin.. thumma aamiin...!

Dolls8Nite said...

Assalammualaikum...

Al-fatihah utk arwah ayahnda...

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

iena,

terima kasih atas kesudian sedekahkan al-fatihah itu.. saya amat menghargainya..

jazakillah.

Blog Widget by LinkWithin