Betapa gembira kita menyambut Aidil Fitri. Bersama-sama dengan keluarga tercinta serta handai taulan yang dikasihi. Ramai yang sanggup bersusah payah pulang ke kampung asal, demi meraikannya dengan sanak saudara di sana.
Sifat cintakan kaum keluarga dan sahabat handai ini merupakan fitrah kita sebagai seorang insan yang normal. Malah agama telah turut menegaskannya dan menerangkan betapa besar ganjaran menghubungkan kasih sayang dan silaturahim. Dalam masa yang sama, mengecam dan memberikan ancaman kepada mereka yang meremehkan dan memutuskannya.
Sungguhpun demikian, sekiranya kita benar-benar menyayangi keluarga kita maka sudah tentu kita mahu agar setiap individu di dalam keluarga kita akan selamat daripada tangkapan neraka Allah dan dimasukkan ke dalam syurga. Malah jika boleh, kita tentu amat berbahagia jika seluruh keluarga kita dapat bersatu dan bersama-sama berada di dalam syurga yang sama. Sama-sama menikmati keredhaan dan limpah kurnia nikmat yang tidak terbatas daripada Allah SWT.
Allah SWT berfirman di dalam surah az-Zumar ayat ke-73 dan 74 (mafhumnya):
“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga secara berombong-rombongan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)."
Imam at-Tobari menyatakan ayat ini menggambarkan bahawa orang yang beriman itu akan masuk ke dalam syurga secara berkumpulan. Dapat kita faham di sini, sebagai seorang mukmin yang sejati, kita bukanlah hanya berusaha untuk memasuki syurga seorang diri bahkan hati kita hanya akan tenang dan redha apabila kita dapat ajak seramai yang mungkin untuk memasuki syurga Allah.
Jika demikian, sudah tentu yang berada dalam senarai teratas insan yang akan diusahakan untuk diajak kepada redha Allah dan syurga-Nya, ialah ahli keluarga kita sendiri. Apatah lagi bagi seorang lelaki yang menjadi ketua bagi sesuatu keluarga. Malah Allah SWT mempunyai satu perintah yang khas untuk ketua-ketua keluarga ini. Ini ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (Surah at-Tahrim 66: 6)
Imam al-Alusi menyatakan dalam kitab tafsir Ruhul-Ma’ani beliau, pemeliharaan diri sendiri daripada neraka itu ialah dengan meninggalkan maksiat dan melaksanakan ketaatan; manakala pemeliharaan ahli keluarga pula ialah dengan membawa mereka kepada perkara tadi melalui nasihat dan ta”dib (pendidikan).
Telah diriwayatkan bahawa Saiyidina ‘Umar telah bertanya semasa turunnya ayat ini, “Ya Rasulullah! Kami faham tentang memelihara diri kami (dari Neraka) tetapi bagaimana maksudnya dengan ahli keluarga kami?”
Jawab Rasulullah s.a.w., “Kamu menegah mereka dengan apa yang Allah tegah kamu daripadanya, dan kamu menyuruh mereka dengan apa yang Allah perintahkan kamu dengannya; maka itulah pemeliharaan antara mereka dengan Neraka.”
Manakala al-Hakim pula telah mengeluarkan satu riwayat dan telah mensahihkannya atas syarat Syaikhani, daripada Saiyidina Ali r.a. dalam menafsirkan ayat keenam surah at-Tahrim tersebut, kata beliau, “Ajarilah diri kamu dan ahli keluarga kamu akan kebaikan.” Imam at-Tobari menukilkan di dalam tafsirnya dengan lafaz, “Ajarlah mereka dan peradabkanlah mereka.”
Lalu, apakah wahana agar proses ta’lim (mengajar), menasihati dan ta^dib (memberikan didikan adab) ini dapat dilakukan dengan penuh kasih sayang, berhikmah dan bersistematik? Lihatlah firman Allah SWT ini yang menggambarkan suasana dan rutin rumah Rasulullah s.a.w. khususnya dan para Sahabat umumnya:
وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَى فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ لَطِيفًا خَبِيرًا
“Dan ingatlah (serta amalkanlah wahai para ummul-mukiminin) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.” (Surah al-Ahzab 33: 34)
Sungguh, setiap rumah Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat telah dihidupkan dengan majlis ta’lim harian ini. Maka adalah amat penting untuk zaman yang penuh huru-hara keimanan ini, kita sinari rumah kita dengan majlis-majlis ta’lim harian. Para ketua keluarga perlulah memainkan peranan untuk menghidupkan majlis-majlis ta’lim rumah ini di rumah-rumah mereka.
Kepada pembaca yang memerlukan panduan bagaimana majlis ini boleh dihidupkan di rumah-rumah kita, sila hubungi saya. Insya Allah, kita saling membantu bagi menjadikan rumah kita juga bernuansakan suasana rumah Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat!
Nota: Artikel ini telah disiarkan di kolum bulanan saya dalam Majalah Solusi Bil. 35

No comments:
Post a Comment