Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com

Monday, April 28, 2008

Parlimen...


(i)

Alhamdulillah, selepas lebih 50 hari daripada tarikh keputusan pilihanraya, akhirnya Parlimen Malaysia akan kembali memainkan fungsinya. Kuasa rakyat, suara rakyat, wakil rakyat akan kembali mewarnai institusi antara yang paling penting di negara ini. Dimulakan dengan titah SPB Yang Di-Pertuan Agong, Parlimen akan mula bersidang.

Harapan saya, sebagai salah seorang rakyat Malaysia, Parlimen ini akan menjadi medan untuk Musyawarah dapat ditegakkan.

Kepada Ahli-ahli Parlimen, amat diharapkan mereka benar-benar memainkan peranan bagi mewakili suara rakyat kawasan masing-masing. Walaupun mereka telah diberikan mandat oleh majoriti pengundi, ini bukanlah bermakna hubungan mereka dengan suara dan pendapat rakyat yang diwakili telah selesai. Telah tamat. Hanya perlu menunggu 4-5 tahun lagi untuk diperbaharui.

"Bertakwalah kepada Allah, dan berintegritilah kepada rakyat yang YB semua wakili!"

Selamat menjalankan tugas....

(ii)

Menyentuh tentang Parlimen ni, diharapkan rakyat Malaysia semua juga turut memainkan peranan di Parlimen ini.

"Aih... macamana pulak tu?"

Kita sebagai rakyat ini jangan cepat lupa, siapa sebenarnya 222 YB yang baru mengangkat sumpah semalam 'tu. Sebelum mereka mengangkat sumpah, siapa yang angkat mereka? Kitalah yang mengangkat mereka, untuk mewakili kita!

Tidak kiralah siapa yang menang, kita perlu menerima hakikat bahawa itulah Ahli Parlimen kawasan kita! Wakil kita!

Jadi, kita juga perlu untuk terus memainkan peranan agar suara kita dapat diwakili. Kita perlu menggunakan segala sarana yang ada untuk mendekati YB kita 'tu. Tolak tepi masalah kepartian. Itu cerita 5 tahun lagi. Sekarang, yang lebih penting, bagaimana kita turut terus memberikan sumbangan bagi menjadikan Malaysia ini sebuah "baldatun toiyibatun wa rabbun ghafur" [negara yang sejahtera dan Tuhan yang Maha Pengampun (merahmatinya)]...

Kita jangan hanya berputar-putar di dalam 'Circle of Concern' sahaja... Kita perlu meluaskan 'Circle of Influence' kita... kerana segalanya akan diperhitungkan satu Hari nanti..

Hari Perhitungan yang pasti dan pasti dan pasti kita semua akan temui....!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin