Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Wednesday, September 10, 2008

11 Ramadhan 1429H

10 hari daripada bulan Ramadhan 1429H ini telah berlalu. 10 hari yang tidak akan dapat kita ulangi kembali. 10 hari yang membawa pergi bersamanya Rahmat Istimewa awal Ramadhan. 10 hari ini, sesungguhnya 10 hari yang terlalu mahal.

Bagaimana 10 hari pertama Ramadhan kita tahun ini? 10 hari di dunia, kesan dan impaknya bukan 10 hari di akhirat.

Cuba kita hitung, Rasulullah SAW ada memberikan sedikit gambaran, betapa besarnya impak kehidupan di dunia yang singkat ini, kepada kehidupan kita di akhirat yang abadi.

Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa, sesiapa yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja, tanpa alasan yang sah di sisi syarak; akan dimasukkan ke dalam neraka selama 1 huqub.

"1 huqub tu apa?"

Kalau 1 abad, sama dengan 100 tahun di dunia; maka 1 huqub sama dengan 80 tahun di akhirat. Dengan kata mudahnya, 1 huqub sama dengan 80 tahun akhirat (thA).

Jelas Rasulullah SAW lagi, 1 thA sama dengan 360 hari di akhirat (hrA).

Dan 1 hrA pula, sama dengan 1000 tahun di dunia (thD).

Berdasarkan fakta ini, maka kiraannya ialah seperti berikut:

1 waktu ditinggalkan = 1 huqub
1 huqub = 80 thA
1 thA = 360 hrA
1 hrA = 1000 thD

.: 1 waktu ditinggalkan, akibatnya seseorang itu kena berada di dalam neraka:

1 x 80 x 360 x 1000 = 28,800,000 thD (28.8 juta thD).

Sedangkan untuk menunaikan satu solat fardhu, masa yang kita perlu ambil tak lebih pun 5 minit.

Jelas, kesan daripada hanya 5 minit daripada kehidupan dunia yang kita tersalah urus, dengan gagalnya kita menunaikan satu solat fardhu, impaknya bukanlah hanya 5 minit juga di akhirat.

Tapi kesilapan 5 minit ini, boleh menyebabkan kita terhina dan terseksa untuk tempoh 28.8 juta tahun mengikut kiraan dunia.

Allahu Akbar! Inilah sedikit gambaran betapa setiap detik dalam kehidupan dunia kita adalah terlalu mahal. Terlalu mahal untuk disia-siakan, terlalu mahal untuk diperjudikan!

Jika hitungan minit pun sudah begitu kesan dan kepentingannya, apatah lagi 10 hari? Sudahlah 10 hari, 10 hari dalam bulan Ramadhan pula!

"Oh Allah.. Berikanlah kami fikir dan risau akhirat yang sempurna.. sebagaimana fikir dan risau Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda! Oh Allah.. berlemah-lembutlah dengan kami!"

1 comment:

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Sdr faisol,

Terima kasih di atas silaturahmi ke blog kerdil saya ini... Semoga ada manfaatnya!

Saya juga telah berkunjung ke blog sdr.. Masya Allah.. amat baik sekali tulisan dan wawasannya..

saya ngajak sedara-sedara yang lain juga turut silaturahmi ke blog sdr faisol itu...

Mabruk!

Ramadhan Kariim!

Blog Widget by LinkWithin