Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Saturday, November 29, 2008

Satu Perjalanan-Kata...

28 November 2008

Sekarang lebih kurang jam 9.00 malam. Alhamdulillah, penerbangan K.K. - K.L. ini berjalan dengan lancar. Setelah terhenti seketika untuk menikmati juadah nasi minyak MAS, alhamdulillah, saya berjaya juga menamatkan bacaan buku yang saya TERBELI di Lapanganterbang Kota Kinabalu tadi.

Buku 'tu nipis 'je. Cetakan 1992. 54 muka surat dengan harga RM52.00.

Mula-mula 'tu, saya ragu-ragu juga untuk membelinya, "Boleh tahan, mahal buku 'ni!" Hati saya berkata-kata.

Tetapi, bila teringat kata-kata mentor dan sifu saya dalam bidang kaunseling, iaitu Puan Raja Kamariah, "Buku ni, bila kita ada peluang, beli 'je. Kalau 'tak, nanti menyesal!"

Akhirnya terbeli jugalah buku tersebut.

Saya merasakan buku ini agak menarik, disebabkan nama pengarangnya ialah Dr. Paige Turner, manakala tajuknya pula ialah "How To Prove That Christianity Is Not True". Kalaulah penulisnya bernama Ahmad Deedat, Harun Yahya atau Zakir Naik, ada kemungkinan besar saya tidak akan membeli buku 'tu.

Lebih menarik lagi, bila membaca antara kata-kata 'Foreword' penulis, "Instead, this book provides a defense for individuals who are the targets of criticism by holier-than-thou "Christians" who think they have a monopoly on God."

Dari segi mauduk mahupun kandungannya, buku ini sederhana sahaja. Bagaimana pun, penulisnya yang menyebabkan saya amat teruja untuk membacanya. Kandungan buku ini dibahagikan kepada satu Mukadimah, sembilan Bukti dan satu Penutup. Menjadikan kesemuanya ada sebelas bab. Setiap apa yang dikatakan sebagai bukti, dibentangkan sebagai satu bab. Melalui pembacaan saya, ada hujah dan fakta yang pernah saya baca dan temukan; dan ada juga merupakan input baru kepada saya.

"Okay juga doktor perubatan 'ni menulis.", komen hati saya.

Premis asas atau hipotesis utama penulis ialah, jika Kristian itu agama yang benar daripada Tuhan, maka sumber ajarannya mestilah juga daripada Tuhan. Oleh itu, Kitab Perjanjian Baru (New Testament) mestilah benar-benar sesatu yang "devinely inspired, inerrant word of God". Kriteria nombor wahid yang menjadi kayu ukur kebenarannya ialah ia mesti bersih daripada sebarang kesilapan dan pertentangan; kerana sesuatu yang benar-benar bersih daripada kesilapan dan pertentangan pasti tidak mengandungi sesuatu yang tidak benar (untrue).

Dr. Paige Turner telah menguji kitab Perjanjian Baru (New Testament) berdasarkan premis ini. Akhirnya Dr. Turner telah menemui sembilan bukti terpenting (menurutnya) yang menunjukkan bahawa kandungan kitab itu ada yang tidak benar (untrue).

Saya merasa seronok membaca buku ini, kerana gaya penulisannya yang santai, seakan membawa saya menelusuri kajian penulis persis satu pengembaraan. Dari satu bukti ke satu bukti. Dimulai dengan bukti yang pertama iaitu pertentangan total antara The Gospel of Mattew dan The Gospel of Luke dalam memberikan tarikh atau waktu lahirnya Jesus. Menggunakan kata-kata yang mudah, kita dibawa menjelajah 'gospel-gospel' tersebut. Begitulah seterusnya sehingga kesemua sembilan bukti selesai dibicarakan.

Betullah kata-kata penulisnya dalam perenggan terakhir bab Kesimpulan, "Thank you for going on this word-journey with me."

Apa pun, setelah mengkhatamkan buku ini, timbul satu persoalan dalam benak fikiran saya, "Kenapa Dr. Turner yang begitu gigih dan berani mengkaji dan mencabar Bible dengan pemikiran yang kritikal, demi mendapatkan sebuah kebenaran, tiba-tiba terhenti pencariannya hanya sekadar mensabitkan bahawa kitab suci agama Kristian mengandungi sesuatu yang tidak benar (untrue) lalu telah menatijahkan satu kesimpulan bahawa agama Kristian itu juga tidak benar (untrue)?"

Alangkah moleknya jika Dr. Turner meneruskan pencariannya kepada kitab suci manakah pula yang benar-benar berasal daripada Tuhan dan tidak mengandungi apa-apa melainkan Kebenaran.

Tiba-tiba timbul keinginan yang sangat tinggi di dalam hati saya, untuk menghadiahkan kepada Dr. Turner senaskah terjemahan Al-Quran. Semoga ini akan benar-benar membantu beliau menemui noktah tuntas pencarian satu Kebenaran.

Alhamdulillah, pesawat MAS ini selamat mendarat di KLIA kira-kira sepuluh minit sedikit lewat daripada jadual asalnya...

Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin!

2 comments:

Warisah said...

Assalamualaikum Ustaz Gunawan,

Oleh kerana anda seorang penulis maka anda juga memahami penulis. Saya amat menyokong jika Tuan menghadiahkan sebuah Al Quran terjemah kepada beliau.Carilah alamatnya dan kirimkan. Kaedah ini telah mengislamkan dua orang (harus ada faktor2 lain juga yang mengislamkan mereka)yang terkenal. Sahabat baik saya telah menghadiahkan sebuah Al Quran terjemah kepada setiap sorang dan Alhamdulillah kami menyaksikan kesannya selepas satu ke dua tahun. Orang2nya bukan calang-calang intelligent. Mesej yang ditulis oleh kawan saya itu lebih kurang begini bunyinya "You are more muslim than some muslims.." Wallahua'lam.

warisah

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Jazakillah atas kesudian untuk singgah dan berkongsi pendapat. Semoga Allah mudahkan segala urusan kebaikan. Demi meraih ihsan-Nya, pada Hari yang kita amat-amat memerlukan limpahan rahmat-Nya.

Terima kasih, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin