Saya baca tajuk di atas dalam portal sebuah akhbar. Apabila saya tenung gambar ini, hati saya bagai disiram dengan air sedingin salji. Alangkah indahnya, apabila seorang raja mengimamkan rakyat jelatanya, sama-sama sujud merendah diri di hadapan Pencipta segala raja, Pemilik segala kerajaan.
Kata orang, sekeping gambar mampu bercerita melebihi seribu kata. Tiba-tiba hati saya berimpian, alangkah hebat dan indahnya, jika seorang Pemangku Raja ini dapat pula menjadi asbab, belasan paduka duli-duli tuanku raja-raja yang lain juga dapat mengimamkan solat kepada hamba rakyat mereka!
"Ampun Tuanku!"
3 comments:
bila raja tunduk kepada 'Raja' segala raja. tunduk.. akulah hamba kepada Pencipta dan Pemelihara.
18 Jan 2010: Program Maulana Syamin lepas asar hingga isyak di Masjid Bandar Baru Sri Petaling.
Assalamu 'alaikum,
KiLat,
Jazakallah atas info.
Wassalam
syukur betul bila lihat pemangku sultan menjadi imam begitu.
besar harapan kita bahawa sultan dan raja yg lain mengikut jejak langkah yg sama, bahkan lebih lagi, insya-Allah.
Post a Comment