Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com

Tuesday, June 1, 2010

Coretan tinta, mewakili hati si Faqir (4)

Masjidil-Haram. Inilah seutama-utama masjid.. ganjaran beribadah di dalamnya ialah 100,000 kali ganda pahalanya…

Kaabah ialah binaan ibadah yang pertama dibina, Allah berfirman:

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. (Aali ‘Imran 3: 96)

Di dalam ayat ini bukan sekadar dinayatakan bahawa Kaabah itu adalah binaan ibadah yang pertama, bahkan Allah turut neyatakan kaitannya sebagai sumber HIDAYAH kepada seluruh manusia.

Hidayah adalah perkara yang paling mahal di dalam khazanah Allah. Dengan hidayah, seorang yang kufur boleh mati sebagai seorang wali; tetapi dengan sebab tercabut hidayah, sekelip mata seorang wali pun boleh matis ebagais eorang yang kufur dengan Allah SWT.

Sebab itu, satu-satunya doa yang WAJIB setiap muslim pohonkan ialah doa memohon hidayah. Itulah yang kita ungkapkan di dalam Surah al-Fatihah: “Ihdinas-siraatal-mustaqiim”. Hidayatilah kami jalan yang lurus!

Kaabah dan Masjidil Haram ada kaitan rapat dengan tersebarnya hidayah. Hidayah ini tersebar dengan network Kaabah yang tersebar ke seluruh alam, iaitu masjid-masjid.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin