Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Sunday, April 20, 2008

Bicarawara

Catatan Ringkas

Baru pulang daripada Wisma Bernama kerana menghadiri sama rancangan siaran langsung Bicarawara Profil Y.Bhg Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengarah JAWHAR di Radio24. Ini adalah pengalaman pertama saya di konti radio, walaupun pernah mempunyai pengalaman dengan penyiaran di TV dan juga akhbar. Alhamdulillah, sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan am saya mengenai penyiaran sesuatu rancangan radio.

Fokus kandungan rancangan sebenarnya lebih banyak menyentuh latarbelakang, peribadi dan pandangan Dr. Hj. Sohaimi. Laluan liku-liku pengajian beliau yang berencam dan tentu juga pandangan-pandangan beliau terhadap isu-isu dalam perkhidmatan awam. Berpeluang menyambung pengajian Sarjana di UK dan Kedoktoran Falsafah di Jepun, tentunya memberikan ruang yang besar untuk menimba banyak pengalaman dan pengetahuan.
Saya juga kagum dengan kecekapan dan keprofesionalan moderator rancangan ini, iaitu selebriti media yang tidak asing lagi iaitu Sdr. Tuan Asmawi Tuan Umar. Spontan, profesional dan tepat. Sudah tentu banyak yang saya dapat belajar daripada kira-kira dua jam memerhatikan beliau mengendalikan rancangan Bicarawara ini.
Saya sebagai insan kerdil yang hanya tumpang hadir dan memerhatikan dua personaliti yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri ini, bersyukur kerana banyak yang dapat pelajari daripada mereka.
Pun begitu, apa yang lebih penting ialah, agenda untuk mengenengahkan isu wakaf, zakat, mal dan haji serta JAWHAR itu sendiri berjaya dicapai. Semoga Allah terima semua ini sebagai khidmat kepada agama-Nya.
"Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dengan [pertolongan] Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali. " Hud 11:88



No comments:

Blog Widget by LinkWithin