Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Wednesday, May 21, 2008

Satu pagi di tepi tasik Putrajaya...


Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada 19 Mei 2008 yang lalu saya dapat bersama-sama dengan para ikhwah dan akhawat daripada Portal Ukhwah.Com yang mengadakan Liqa’ mereka sempena 5 Tahun penubuhan mereka. Saya yang faqir ini diberi kesempatan untuk mengisi slot tazkirah. Sudah tentu tazkirah tersebut adalah khusus untuk diri saya yang faqir.
Terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian Ukhwah.Com menghulurkan jemputan ini.

Merupakan satu kesyukuran yang besar, dapat bertemu dan bersua muka dengan wajah-wajah mukhlisin dan penuh semangat. Peserta yang mencecah 40 orang ini datang daripada tempat yang pelbagai. Semoga Allah terima pertemuan ini sebagai sumber kemuliaan di sisi-Nya. Semoga Allah mengampunkan sebarang salah dan khilaf kami, dan seterusnya dapat berlemah-lembut dengan segala kekurangan kami. Semoga majlis tazkirah yang berlangsung akan mengingatkan kami hala tuju sebenar seorang bani Adam, khalifah Allah dan ummahnya Rasulullah SAW.

Oh Allah! Fahamkanlah kami apakah itu yang dikatakan sebagai ‘ummah’ ; dan fahamkan juga kami apakah tugas sebenar kami sebagai ‘ummah’!!!

Allahumma aamin, thumma aamin, thumma aamin!

3 comments:

simpleshida said...

salam alaik.
syukran jiddan atas kesudian ustz mengimarahkan sambutan ulangtahun Ukhwah.com yang ke 5 tahun..

Alhamdulillah... ramai yg terpegun.. khusyuk lagi menghayati kalam ustz..hihi..

insyallah, jumpe lagi di lain liqa'.. syukran jiddan...

Allahu yubarik fiq...aminn..;)

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Hanya sekadar mengulang kembali kata-kata Saiyidina Syu'aib AS:

"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali."
(Hud 11:88)

saiful said...

ustaz..saya download kuliah magrib ustaz, mohon keizin..moga Allah kekalkan kita dalam usaha yang suci murni ni.

Blog Widget by LinkWithin