Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Sunday, September 21, 2008

22 Ramadhan 1429H



Seorang ulamak dan tokoh pemikir Islami masa kini, Syaikh Sayyid Abul-Hassan Ali Al-Nadwi* pernah mencatatkan,

"The way of the Prophet kept fasts made it a perfect and sure means of achieving its objectives (self-reformation and complete submission to God) without turning it into penance or self-mortification." (A Guide Book for Muslims, pg. 95)

Seharusnya, semangat dan ruh Ramadhan yang sebeginilah yang sepatutnya menjadi bekal kita meniti hari-hari Ramadhan yang ada. Seluruh kesungguhan kita perlu dicurahkan untuk ini. Sesungguhnya setiap detik Ramadhan ini terlalu mahal untuk disia-siakan.

Apa yang telah berlalu sudah pasti tidak akan kembali. Apa yang datang, tidak pernah ada kepastian yang kita akan sempat menemuinya.

Kini Ramadhan semakin pergi meninggalkan kita. Sekarang ini kita perlu segera bertanya, "Apa lagi yang perlu aku lakukan?"

"Ya Allah, bantulah kami atas Zikir kepada Mu, Syukur kepada Mu dan keelokan Ibadah kepada Mu!"
______
* Hadrat Syaikh telah meninggal dunia pada 23 Ramadhan 1420H (31 Disember 1999M), semasa sedang menjalani iktikaf 10 hari akhir Ramadhan. Biografi ringkas Hadrat Syaikh boleh dilayari di: http://wordpress.com/tag/abul-hasan-ali-nadwi/

No comments:

Blog Widget by LinkWithin