Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah, kita masih dapat meneruskan hidup di dunia ini, dalam rangka kita membina dan membangunkan kehidupan hakiki lagi abadi di akhirat nanti.
Dalam saya 'duk surf internet, terbaca pula satu artikel di blog kawan saya: http://bahrusshofa.blogspot.com. Saya 'cut and paste' 'je artikel ini. Semoga ada manfaatnya.
Dalam saya 'duk surf internet, terbaca pula satu artikel di blog kawan saya: http://bahrusshofa.blogspot.com. Saya 'cut and paste' 'je artikel ini. Semoga ada manfaatnya.
Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan yang berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang dhoif lagi banyak dosa dan taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan agar amalan kebajikan kita dapat digandakan ganjarannya di akhirat nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham - saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-
Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.
Inilah formula untuk menggandakan pahala setiap pemberian kita. Moga dimanfaatkan, jangan hanya pemurah dengan rakan - rakan tetapi kedekut dengan ibubapa sendiri. Hari-hari belanja kawan makan, tetapi ibubapa sendiri seposen haram pun tak merasa titik peluh kita .... Allahu ... Allah.
Dicatat oleh Abu Muhammad
1 comment:
salam. tajuk sedekah bunyi macam tak menarik jer. Maklumlah, rakyat Malaysia makan cukup dan tidur bertilam empuk..
Tapi bagi mereka yang berhajat, sedekahlah jalan terakhir bagi kami untuk minta bantuan Allah.
Kita diajar agar jangan harap pada makhluk, tapi bersandar harap pada Allah.
Tapi kita pun sedar dalam diri ini ada unsur riba', dosa atau hutang yang mungkin menyebabkan doa ni terletak paling bawah dalam senarai doa2 yang akan dimakbulkan.
Sungguhpun kita disuruh meminta dengan jalan sabar dan solat, sifat manusia tetap tak lari dari nakkan sesuatu sejurus selepas memintanya. Serupalah keadaannya dalam berdoa. Saya taktau orang lain, tapi saya camnilah..Dah doa jer, tak sabar.
dan menurut pengalaman saya, doa2 saya lebih cepat Allah makbulkan bila saya membantu orang melepaskan sesak mereka. Paling senang ialah dengan menderma.
Nah...carilah rahmat Allah dengan membantu mereka yang memerlukan. Sedekahkanlah wang, masa, tenaga atau pikiran anda untuk membuatkan manusia di dunia ni berasa bahawa Allah mendengar doa mereka.
Dan kita harapkan Allah memakbulkan doa kita pula, berkat kebaikan yang telah kita lakukan demi Nya tadi...
Post a Comment