Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Saturday, August 30, 2008

31 Ogos 2008



31 Ogos 2008M telah tiba. Sya'ban 1429H juga berada di penghujungnya.

"Ya Allah... Sesungguhnya, aku sedar, tarikh-tarikh itu semua hanyalah sekadar simbol kepada MASA.. Dan dengan 'masa' inilah yang Engkau telah bersumpah, bahawasanya manusia itu semuanya sentiasa dalam kerugian; kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran!"

Setiap tahun, 31 Ogos merupakan imbauan keramat hari negara Tanah Melayu ini diisytiharkan MERDEKA daripada cengkaman penjajah. Sesungguhnya, nikmat kemerdekaan ini sewajibnya kita syukuri. Sememangnya, mensyukuri nikmat ini merupakan satu yang penting, tetapi bagaimana cara untuk mensyukurinya itu, adalah jauh lebih penting!




"Benarkah selama ini kita telah bersyukur dengan cara bersyukur yang sebenar-benarnya?"

Allah Taala mengingatkan kita, "Sekiranya kamu bersyukur, Aku akan tambahkan lagi bagi mu; (tetapi) sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Ku itu amat keras (seksaannya)!" [ Ibrahim 14:7]

31 Ogos 2008 juga adalah tarikh yang amat penting untuk kaum Muslimin di Tanah Melayu ini.

Tatkala senja melabuhkan tirainya, maka tersingkaplah kerahmatan yang paling besar bagi tahun ini. Ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.




Inilah saat dan tempohnya yang menjadi kerinduan seorang yang beriman.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183) (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184) (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185) Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186) Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa. / (187) Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (188) [ Al-Baqarah 2:183-188 ]

Rasulullah SAW pernah menyatakan kepada para Sahabat Baginda pada hari terakhir bulan Sya'ban, "Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya bertarawih sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat, maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain; manakala sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan yang lain.

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dari neraka dan mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya.
Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata, "Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."
Maka Rasulullah SAW bersabda, "Allah memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berbuka."
Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara, dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Adapun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu memerlukannyaialah kamu memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.
Sesiapa yang beri minum kepada orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telaga ku pada hari kiamat, dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."
[Hadith ini daripada Hadrat Salman r.a. diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah di dalam Sahihnya. Terdapat pertikaian di kalangan para muhadithin terhadap beberapa orang perawi hadith ini. Namun demikian mereka masih boleh diterima dengan alasan bahawa, pertamanya hadith ini merupakan hadith fadhail dan keduanya kebanyakan isi hadith ini disokong oleh riwayat-riwayat yang lain.]
Semoga Ramadhan kita kali ini menjadi sumber kemulian, kejayaan dan kebahagian kita di sisi Allah Azza wa Jalla!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin