Pages

HAYYA 'ALAS-SOLAH!

KoWahida2u.Com


Saturday, February 14, 2009

Tahiyyat...

Pagi tadi, selepas makan dengan anak-anak di Restoran Darussalam 2, Presint 9, saya ke sekolah isteri untuk bawakan Itmi’nan menyusu. Isteri saya ada Program Perkembangan Staf katanya. Semasa Itmi’nan disusukan, saya hanya menunggu di dalam kereta. Abang-abangnya ikut sama menyibuklah, lebih-lebih lagi bila ada latihan kawad kaki Kadet Polis. Walaupun isteri saya ustazah, tapi sekolah juga melantik beliau menajdi Guru Kadet Polis Sekolah, kira pangkat Inspektor juga lah.

Jadi, sambil menunggu, saya buka radio Ikim.FM. Kebetulan pula dengan siaran rancangan tajaan Excel Training & Concultancy bersama Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Ketika itu, Dato sedang menjelaskan satu program Kem Cuti Sekolah, iaitu Kem Super Student (untuk lebih lanjut, boleh layari di lamaweb http://www.excel-training.com.my) yang akan diadakan pada 15-17 Mac 2009 ini. Seperti biasa, penerangan Dato amat menarik. Dato menerangkan modul dan fokus program ini, antaranya Dato memberitahu, peserta kem akan disemak dan ditashihkan wudhuk dan al-Fatihah mereka. Saya menanti seketika kalau-kalau Dato akan menyebut tentang bacaan Tahiyyat. Apabila tidak ada disentuh tentang tahiyyat, hati saya tergerak untuk mencadangkan agar bacaan Tahiyyat juga dilakukan semakan. Lalu saya pun menghantar SMS berikut:

“As’kum. Dato, sy sdg dengar penerangan dato di ikim. Sy dgn hormat ingin mcdgkan agar selain semak wudhuk & fatihah, disemak juga tahiyyat. Krn tahiyyat dlm solat sama taraf dgn fatihah. Jzkallah. Wslm.” (Date: 14/02/2009 Time: 11:28AM)

Alhamdulillah, pada pukul 1:51PM saya menerima balasan SMS daripada Dato Fadzilah, “Tq us Gunawan. Insya Allah ana akan masukkan tahiyat. Jazakallah. Wslm.”

Alhamdulillah, syukur yang amat sangat jika cadangan saya benar-benar diterima. Pertaman, bayangkan, jika dengan asbab SMS yang hanya berjumlah 33 perkataan dan bernilai 20 sen, bacaan Tahiyyat seramai mungkin 200-300 peserta program dapat dibetulkan, berapa banyak keuntungan pahala yang saya telah dapat? Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Penunjuk kepada kebaikan, (akan mendapat pahala) seperti orang yang melakukan (kebaikan itu)!” [Hadis sahih riwayat Al-Bazzar dan Al-Tobarani, As-Sayuti juga memasukkannya di dalam kitab ‘Al-Jami’us-Soghir’nya]

Betapa luas rahmat Allah bagi memudahkan kita mendapat pahala yang sebanyak-banyaknya. Pahala adalah simbol kepada keredhaan dan kesukaan Allah kepada sesuatu perkara. Umpamanya, ringgit itu adalah simbol kepada wang atau duit. Maknanya, lagi Allah redha dan suka, lagi besar pahalanya.

Kedua, sepanjang pemerhatian saya, bacaan Tahiyyat amat jarang diberikan perhatian. Sedangkan dengan kedudukannya sebagai salah satu Rukun Qauli dalam solat, tarafnya sama dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Langka sekali didapati seseorang yang sanggup mencari seorang alim untuk menyemak dan memastikan bacaan Tahiyyatnya adalah tepat. Al-Fatihah sekurang-kurangnya kita dapat dengar bacaan imam-imam, jadi kita dapat ukur sedikit sebanyak bacaan Al-Fatihah kita; tetapi bacaan Tahiyyat adalah bacaan yang dibaca perlahan oleh imam. Jika kita tidak benar-benar mengambil inisiatif untuk menyemaknya, menyebabkan bacaan kita akan rosak buat selama-lamanya. Jika demikian, apa yang akan terjadi kepada solat kita?


Renung-renungkanlah!

5 comments:

Unknown said...

Sala,...minta visit my blog untuk muzakarah.....

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum,

Jazakallah.

Wassalam.

zamrie said...

assalammualaikom tintaSiFakir

meniti jalan susah menuju Dia. membawa aku kenal mereka. dan dia. sahabat dan cinta. kemanisan erti saudara. kasih insan yang namanya manusia. Redha pada Dia yang mahal harganya. maharnya tiada pada lisan atau tinta. terima kasih semua. yang membawa aku ke sini. dan meninggalkan aku dari sana. makin banyak berbahasa. makin indah cinta. makin asyik berbicara. makin manis cintaNya. terima kasih. pada sahabat. yang membawa aku kenal cinta Dia. yang padanya ada segala cinta yang selebihnya. betul-betul jatuh cinta.

azharjaafar said...

Salam ziarah. Bagus blog tuan.. alhamdulillah.

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum,

Azharjaafar,

Terima kasih sudi singgah.

Yang baik daripada Allah, yang tak elok asbab kelemahan saya...

Mohon doa sahabat-sahabat semua.

Wassalam.

Blog Widget by LinkWithin